Pada 18-27 Mei 2009, aku telah mewakili UMP dalam kejohanan MASUM 2009 di UUM bagi acara bola keranjang. Tugas aku ialah sebagai ketua pasukan bola keranjang UMP. Kita bertolak dari UMP pada jam 11.07pm iaitu dari kompleks sukan ke UUM dan perjalanan kami agak lama sebab kitaorang sampai kat UUM dalam jam 5.00pm. Malam itu, aku dan kawan-kawan keluar ke Changloon Mart @ C Mart untuk berjalan-jalan sebab perlawanan kitaorang bermula 23-24 Mei 2009. Selepas pergi C Mart, kami ke sebuah restorang yang seakan-akan KFC tapi nama die MyFC. Cara penjualan die macam KFC tapi murah la sedikit dari KFC. After makan, kami pun pulang semula ke kampus UUM untuk tidur.

Keesokan harinya, pada perancangan awal nak turun training tapi seorang pun tak bangun and training pagi tu cancel. Petangnya baru kami buat training kat court yang terletak di kolej yang diberi nama kolej telecom. Malam itu, ada match final bola antara UTHM dan UMT. Aku, pai dengan ijat pun pergi la tengok match tersebut dan akhirnya kemenangan berpihak kepada pihak UTHM dengan skor 2-0. Kami balik jalan kaki sampai ke kolej tempat kami tidur. jauh gak dari pusat sukan UUM.

Keesokan harinya, kami turun training untuk persediaan la kononnya untuk memantapkan strategi permainan. Aku memang bosan gila la duduk di UUM sebab tak ada yang boleh buat. Nak berjalan-jalan pun transport tak disediakan. Driver UMP pulak pemalas. ish2... Tunggu jela sampai 23 Mei 2009 dan jam 800pm kitaorg bertolak ke lokasi.

Kami tiba jam 9.07pm untuk perlawanan kitaorang jam 9.30pm. Team aku kalah dengan UKM(malas nak cerita perlawanan) dengan skor 114-34. Esoknya lawan UniMaS dan sekali lagi team aku kalah. Skor aku tak berapa ingat tapi yang pasti beza point ialah 100 points. Memang teruk la kena kitai dengan team-team Universiti yang lebih senior. Dah la coach tak ada. semua hancus berkecai....

ni gambar dengan players unimas pas abis match


ni gambar dengan dak-dak basket time majlis penutup MASUM di dewan mu'adzam shah, UUM


ni pun sama gak...


ni aku bergambar dengan stacy time dia tengah nyanyi..
comey la jugak stacy ni ^_^

ni bergambar dengan sebahagian peserta MASUM dari kontigen UMP