Rancangan Time Short Sem...

Tanggal 29 Mei 2009 jam 1200 tengah hari, menandakan waktu tamat bagi peperiksaan final aku...tak tahulah result semester ini macam mana..adakah lebih baik dari semester-semester sebelum ini???Pape pun, aku rasa lega la sekejap sebab dah habis pembelajaran semester ini...huhu..

Plan cuti ini agak padat kot. Pertamanya aku akan pergi bermain 3 on 3 kat Kuantan Megamall jam 900am pada hari ahad ini. Then, keesokannya aku dah start latihan pusat MASUM yang dikendalikan oleh pusat sukan UMP.

Latihan pusat ini berlanjutan sampai lah 17 Mei 2009 tetapi pada masa sama, aku ada ambil semester pendek untuk baiki result Digital Electornic yang pada cuti sem sebelum ini tak dapat nak baiki. Kelas ari Selasa, Rabu dan Jumaat. So, kira hari lain aku pergi buat latihan pusat tu.

Pada 15-18 Mei 2009 ini, aku mungkin pergi program persatuan fakulti aku iaitu K-SISWA(khidmat siswa a.k.a program kemasyaratan la) kat SKIS(Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar) di Kuala Pahang, dekat dengan kampus tetap yang akan aku pergi semester depan.
Tapi aku mungkin tak dapat ikuti program sampai 18 Mei 2009 sebab 18 Mei 2009 aku kena bertolak ke UUM untuk MASUM yang akan habis sampai 27 Mei 2009. 6 kelas iaitu 12 jam akan aku tinggal dalam masa 2 minggu ini.

Habis sahaja MASUM, aku akan sambung untuk semester pendek sampailah ke final kot. Sebab tak tahu lah nak rancang apa lagi...
MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace

Jom Join game My Brute...^_^

saje nak share game yang simple tapi menarik..
character comey..
lawan brute orang lain secara online..hehe..



ni page bila fight dengan brute orang lain


ni page brute's cellule


ni la pet paling kuat hit selama aku main brute


ni pulak fight arena..kat sini korang boleh pilih opponent korang

jadi tunggu ape lagi....
jom la join LoRD iRuGa dan create lah character anda..hehe..

Ucapan untuk orang tersayang..


gud luck for your final..do da best..jangan gopoh-gopoh jawab soalan..i'll always be right here to support u..pray for my success too..Ganbatte Kudasai..Aishiteru watashi no koibito..


20 Tanda Lelaki Jatuh Cinta

20 Tanda Lelaki Jatuh Cinta

1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

19. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan.

*************************************************************************************

Ciri wanita diminati lelaki

BENARLAH kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya.

Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki.

Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak 'panas' dalam bergaul.

Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.

Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.


Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.


Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.


Jangan bersolek tebal

Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.


Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.


Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.


Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.


Agresif

Lelaki suka sikap wanita yang agresif.


Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.


Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.


Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.


Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.


Sikap sederhana

Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.


Sikap keibuan

Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.


Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.


Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.


Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.


Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!


Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.


Jangan kuno

Jangan bersikap terlalu kuno.


Sering tanya khabar

Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.


Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.


Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.


Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.


Jangan tunjuk lemah

Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.


Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

------------------------------------------------------------------------------------
KALAU ADA 5 OF THEM PUN KIRA CUKUP BAIK LA TU...
------------------------------------------------------------------------------------

Gold MIner

MYVI Transformer

autobots..tranform....

transformer Myvi...haha

MAMPAN Meeting with Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (Dato' Saifuddin)

20 April 2009..

Aku dan beberapa orang wakil dari MAMPAN UMP dan juga presiden pusat MAMPAN telah pergi ke Padang MPK 1 untuk meraikan Majlis Sambutan PM baru.Lepas itu, kira2 jam 11am kami berjumpa dengan Dato' Saifuddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Hotel Vistana. Tujuan dia adalah untuk membincangkan beberapa masalah berkenanan universiti di Pahang. So, apa lagi...aku pun usulkan la masalah budak-budak FKM dan FKEE yang kena berulang alik dari Gambang dan Kuala Pahang. Apa yang menarik, pihak dato' sendiri tidak tahu pasal perkara ni. Kalau dato' sendiri tak tahu apa lagi Dato, Najib, PM baru kita merangkap orang yang tubuhkan UMP. So, Dato' Saifuddin agak terkejut bila aku usulkan perkara ini dan die akan buat lawatan secara mengejut ke UMP untuk settlekan masalah ini. Lepas itu, dato' belanja kitaorang makan. Selain itu, aku dan kawan-kawan ada usul masalah air yang kerap berlaku kat UMP ini tapi dato' kata agak payah nak settle coz benda ni melibatkan urusan dengan kerajaan negeri plak.Then, aku sempat jugak mencelah pasal court basketball yang tidak ikut standard kebangsaan sebab dato' sekarang pegang sukan basketball di IPTA. So aku gunakan peluang ini sebaik mungkin..hehehe.. Ada jugak aku usulkan masalah networking yang memang problem sejak zaman KUKTEM lagi. Insya'allah dato' akan datang minggu depan sebab sebelum ni die memang nak turun kat UMP selepas final and bila aku usul pasal main campus die cakap kat S/U sulit die untuk turun ke UMP lebih awal... Harap dato' dapat settle masalah ini sebelum dak2 FKEE dan FKM kena ulang alik ke main campus. Papepun, thanks bebanyak to dato' sebab sudi buat meeting ni dan sudi dengar masalah kami..hehe..


ni gambar aku kenangan bersama Dato' Saifuddin(dua diri kiri)

ni gambar wakil MAMPAN UMP dan 3 orang wakil dari UiTM Jengka.

Posing semua..ahaks...^_^

Lawatan ke Main Campus @ Kuala Pahang

15/3/2009,Rabu

Aku telah pergi ke main campus bersama jaja dan wakil MPP dari FKEE dan FKM pada jam 1.30pm. Kami sampai dalam kul 2.30pm dan telah pergi ke pejabat contractor, Prof. Jalil, dekan JHEPA telah menerangkan bagaimana pergerakan student FKM dan FKEE dari Gambang ke Kuala Pahang. student FKEE dan FKM akan bergerak dari UMP Gambang pukul 8,9,10am untuk ke kuliah di main campus. Balik pulak 6,7,8pm dari sana ke Gambang. student FKEE dan FKM akan berulang alik sebegini sampailah bulan Disember 2009. student FKEE dan FKM akan berpindah completely ke main campus pada bulan tersebut. Jarak dari pondok guard main campus ke bangunan fakulti ialah kira-kira 2km. Bayangkanlah jauhnya nak masuk ke dalam. Penempatan pelajar di luar kampus tidak dibenarkan oleh pihak JHEPA sebab takut pape berlaku pada student yang duduk di luar kampus. student FKEE dan FKM nak tak nak kena berpindah juga ke sana next sem, bulan Julai 2009. Tambahan di sini, pembukaan pendaftaran untuk Kolej Kediaman 4 (baru) iaitu di seberang high way akan dibuka minggu ini atau minggu depan. Bawah ini sedikit gambar-gambar yang sempat aku amik untuk tatapan rakan-rakan sekalian.

ni 'papan tanda'di bangunan admin FKEE


ini gambar Dewan Kuliah di bangunan admin FKEE


ini gambar tangga untuk ke dewan kuliah FKEE


dari jauh bangunan admin FKEE


bangunan besar FKEE

ni kafe FKEE

ni signboard nak masuk ke ump..hehe

ni bangunan FKM
ni taman kecil di tengah2 bangunan admin FKEE

ni pusat sumber FKEE(lebih kurang cam mini library utk FKEE)

Kekecewaan...

Hmm..sampai sekarang aku masih belum dapat buat 1 team basketball untuk MASUM..macam-macamlah budak-budak basket sekarang. Pada awalnya bukan main ramai nak join untuk MASUM. Last-last budak-budak chinese UMP ni buat aku bengang sangat. Last-last minute camni la diorang baru nak tarik diri. Gara-gara sebab nak ikut kawan. Sorang tak nak masuk semua tak nak. Bilalah kualiti team basketball UMP nak naik if camni je masalahnya. Nape la awal-awal dulu turun training kalau last-last tak nak join MASUM. Jadah tul la diorang ni. Aduh-aduh, apa la aku nak buat sekarang. Sama ada nak anta team basketball for MASUM or not. Niat di hati memang nak main MASUM tapi kalau tak ada tak guna jugak. Semua tak nak bagi komitmen. Macam ni ke sikap 'mahasiswa' yang dianggap bijak sangat oleh orang luar?? aku pun bukan la hebat sangat pun main basketball, tapi sekurang-kurangnya aku nak rasa jugak cam mana berada di sebuah tournament yang besar seperti MASUM ni. Dulu kat sekolah tak dapat nak join HKSBP. Harapan aku sebelum tamat study kat UMP ni dapat join tournament besar seperti MASUM. Tak tau la dapat tercapai or not if perangai pemain-pemain UMP macam ini. Kepada rakan-rakan yang masih bagi komitmen untuk team aku ucapkan terima kasih banyak-banyak.

Kejohanan UMP 3 ON 3 Star-battle Challenge 2009 Terbuka Kuantan, Pahang

Bertarikhkan 28 Mac 2009, jam 8am, aku turun ke court baru di kompleks sukan untuk melakukan persiapan kejohanan UMP 3 ON 3 Star-battle Challenge 2009 Terbuka Kuantan, Pahang. Aku dengan beberapa orang AJK yang datang awal pagi itu buatlah persiapan. So, time tu jugak dah ada team yang sampai awal cam UIA and IM. So, kitaorang siap susun semua barang lebih kurang jam 9.00am tapi malangnya refree tak sampai2 lagi. Tapi semua team dah sampai and total semua team yang join adalah 27 team yang merupakan rekod pertama bagi kelab menganjurkan kejohanan ini walaupun buat pertama kalinya diadakan. Tunggu2 sampai la pukul 930am baru la refree sampai and aku as DJ pada hari itu mula terangkan flow perjalanan kejohanan pada hari tersebut. Walaupun lambat tapi sempat abiskan semua match pada jam 130pm. So, kira semua perlawanan awal telah berlangsung baik. Semua peserta dan AJK rehat sebentar dan permainan seterusnya iaitu quarter final(lelaki) dan semi final(perempuan) dan terus sampai ke final. Ketika final, semua team2 UMP tak berjaya mendapat tempat. Final bagi lelaki telah dikuasai oleh pemain cina Kuantan (team Mr. Chiang) dan begitu jua team perempuan. Kejohanan pada hari tu tamat jam 500pm di mana majlis penutup buat secara simple coz VIP tetiba tak dapat datang pulak. So, saudara Roslan a.k.a Timbalan Projek Kejohanan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan juga kepada pengadil jemputan.

ni la gambar champion 'Star King' untuk kejohanan ini.


ni plak gambar mr. roslan bersama no. 2


ni plak no. 3


final girl category.


ni aksi peserta ketika sesi liga dimulakan


gambar awe(peserta UMP) melakukan lay up ketika menentang pasukan dari SEMSAS


perlawanan di antara pemain KPTM dengan chinese kuantan.


ni perlawanan di antara pemain SEMSAS dan UIA kuantan.


penyokong2 yang setia menanti perlawanan habis.


ni gambar pemain dan penyokong setia dari UMP.

Ni topeq ngan junior die dari SEMSAS

Saudari Azhari a.k.a Karry sedang membuat free-throw time Free-throw Contest

Ini la DJ yang menghangatkan semua orang pada hari yang betul2 panas dan hangat


this is our banner( design by topeq)

Dj sedang mengumumkan perlawanan seterusnya.

Puisi Kesepian

aku sering bertanya
pada diriku sendiri
mestikah cinta hadir sekarang
sedang balutan luka masih berbekas
atau aku membiarkan karatan cinta
mengikis dan merapuhkan maknanya

aku bingung untuk berlari
karena kakiku terluka
dan tapi aku tak mau diam
karena waktu terus berjalan
aku juga tak mau berlambat
karena hidup terlalu cepat
hanya untuk terseret

lalu kemana cinta pergi
aku merindukaannya
tapi juga merasa takut karenanya
aku sering kelelahan
dan sering bertanya
kapan semua ini berakhir

SOURCE

Jangan terlalu mencari kesempurnaan..

Daripada teman kepada teman...

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu...

Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...

akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..

Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Erti Cinta & Perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya..

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .

Puisi Cinta Sejati

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita berciuman ?
Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat

Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan
dan ada orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan
Tapi ingatlah, melepaskan bukan berarti akhir dari dunia
melainkan awal dari kehidupan yang baru

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis
Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah tersakiti
Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah mencari dan telah mencoba

Karena merekalah yang bisa menghargai
Betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka

Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli
terhadapnya
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya
dengan setia
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih
bisa tersenyum
sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”

Apabila cintamu tidak berhasil, bebaskanlah dirimu
Biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam
bebas lagi
Ingatlah, kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya..
Tetapi saat cinta itu dimatikan, kamu tidak perlu mati bersamanya..

Orang yang terkuat bukanlah orang yang selalu menang dalam segala hal
Tetapi mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh
Entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupanmu,
Kamu akan belajar tentang dirimu sendiri dan suatu saat kamu akan
menyadari
Bahwa penyesalan tidak seharusnya ada di dalam hidupmu
Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan pilihan kehidupan yang telah
kau buat
Yang seharusnya ada di dalam hidupmu

Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, ” Aku lupa ”
Sahabat sejati akan tetap setia menunggu ketika kamu berkata, ”
Tunggu sebentar ”
Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu
ketika kamu berkata, ” Tinggalkan aku sendiri ”

Saat kamu berkata untuk meninggalkannya,
Mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat,
Memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri,
Tetapi pada saat saat itu, hatinya tidak akan pernah meninggalkanmu
Dan sewaktu dia jauh darimu, dia akan selalu mendoakanmu dengan air
mata

Lebih berbahaya mencucurkan air mata di dalam hati
daripada air mata yang keluar dari mata kita
Air mata yang keluar dari mata kita dapat dihapus,
Sementara air mata yang tersembunyi,
Akan menggoreskan luka di dalam hatimu
yang bekasnya tidak akan pernah hilang

Walaupun dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang,
Tetapi ketika cinta itu tulus…
meskipun mungkin kelihatannya kamu kalah,
Tetapi sebenarnya kamu menang karena kamu dapat berbahagia
sewaktu kamu dapat mencintai seseorang
Lebih dari kamu mencintai diri kamu sendiri…

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
Bukan karena orang itu berhenti mencintai kita
Atau karena ia tidak mempedulikan kita
Melainkan saat kita menyadari bahwa orang itu
Akan lebih berbahagia apabila kita melepasnya
Tetapi apabila kamu benar benar mencintai seseorang,
Jangan dengan mudah kita melepaskannya
Berjuanglah demi cintamu… Fight for your dream !
Itulah cinta yang sejati..
Bukannya seperti prinsip ” Easy come.. Easy go… ”

Lebih baik menunggu orang yang benar benar kamu inginkan
Daripada berjalan bersama orang ” yang tersedia ”
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
Daripada orang yang berada di ” sekelilingmu ”

Lebih baik menunggu orang yang tepat
Karena hidup ini terlalu berharga dan terlalu singkat
Untuk dibuang dengan hanya ” seseorang ”
Atau untuk dibuang dengan orang yang tidak tepat

Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling
menyakiti hatimu
Dan kadang kala teman yang membawamu di dalam pelukannya
Dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari

Ucapan yang keluar dari mulut seseorang
Dapat membangun orang lain, tetapi dapat juga menjatuhkannya
Bila bukan diucapkan pada orang, waktu, dan tempat yang benar
Ini jelas bukan sesuatu yang bijaksana

Ucapan yang keluar dari mulut seseorang
Dapat berupa kebenaran ataupun kebohongan untuk menutupi isi hati
Kita dapat mengatakan apa saja dengan mulut kita
Tetapi isi hati kita yang sebenarnya tidak akan dapat dipungkiri

Apabila kamu hendak mengatakan sesuatu..
Tataplah matamu di cermin dan lihatlah kepada matamu
Dari situ akan terpancar seluruh isi hatimu
Dan kebenaran akan dapat dilihat dari sana

oleh : Chairil Anwar

Rindu Padamu [Karya Ke-4]

Pabila ku terjaga
Dari mimpi yang panjang
Aku menjadi pelarian rindu
Di manakah rindu itu
Di kamar sepi ini
Atau di jalanan merah berdebu ?

Hatiku selalu bersenda
Datangkah lagi rindu itu
Menembusi jendela terbuka
Di pagi yang dingin
Atau di malam yang sepi?

Seperti perasaan rindu yang lain
Yang mengetuk kamar waktu sempitku
Rindu itu bagaikan bayangan
Wajah-wajah, tiba-tiba menyapa
Dalam diam
Lalu akupun menjadi teramat rindu

Cinta Itu Dunia Ku

Cinta itu duniaku
Lalu aku menulis tentangnya
Tentang kemabukan rasa
Tentang keindahan rupa
Tentang kerinduan yang tiba
Tentang liku-liku di jalanannya

Di duniaku aku tidak menulis
Tentang kehancuran bahana perang
Atau tentang penyerahan dan penaklukan
Tetapi aku menulis
Tentang kesetiaan dan keluhuran
Atau tentang ketabahan dan pengabdian

Siapakah akan mengerti ?
Siapakah akan sudi menatapi ?
Aku dan duniaku
Hidup dan bercinta

lupa amik mna...hehe

Final Datang Lagi...ADESH!!!!!!!!!!!!!

ades...nampaknya tinggal lebih kurang 2minggu saje lagi untuk final...cam mana ni??dah la sekarang subjek-subjek membebankan aku...Signal, Analog 2 & Machine...3-3 subjek ini buat aku bimbang sama ada pointer aku turun ke sem ni...dilemma betul...adesss...dah la coursework semua rendah-rendah....mampukah aku mendapat 3.00 pointer untuk semester ini?????????

Cintaku Hanya Untukmu.. [Puisi ke-3 karya lord AM]

Dirimu sering ku perhatikan,
sejak pertemuan pertama kita,
aku rasa aku hanya bertepuk sebelah tangan,
namun kau nampak kesucian diriku,
lantas kau memberi reaksi seakan setuju,
tanpa ku rasa segan silu dan yakin dalam hati,
aku meluahkan perasaan sebenarku padamu,
ketika itu aku fikirkan kau menolak,
namun sebaliknya riaksimu.

Aku rasa sangat bertuah dan bahagia,
kerana diriku ini kau terima,
sebagai teman hidupmu,
yang kau ingin setia bersamamu,
tanpa kira siang ataupun malam.

Kau telah mengubah hidupku,
Dari seorang yang dahagakan cinta,
pada seseorang yang sangat bahagia,
dan bersyukur pada cintamu itu.

Aku tulis puisi ini khas buatmu,
untuk meluahkan rasa cintaku,
cintaku yang satu dan setia,
cintaku hanya untukmu,
wahai kekasih yang sejati.

Aku tidak pernah rasa menyesal,
kerana memilihmu sebagai kekasihmu,
bahkan perasaan syukur pada Illahi,
kerana menemukan diriku,
pada seorang gadis yang suci,
lagi ikhlas menerima cintaku ini.

Ingatlah kekasihku,
akan ku semaikan segala kasih dan sayang,
cinta dan belaian hanya buatmu,
aku pasti engkau tidak ragui cintaku lagi,
sayangku padamu melebihi segalanya,
CINTAKU HANYA UNTUKMU...Z#####a....

This Coming April..AND-1 3 on 3 at USJ

Hahaha...saja nak post kat blog aku..nak buat promotion..26 April 2009 ni ada 3 on 3 by AND-1 kat USJ..so kat ni link utk download borang pendaftaran atau korang boleh save as picture je borang yang ada kat bawah ni...
ni front page borang registration

ni belakang registration form

ni lak map ke USJ

Jadi tunggu ape lagi...recruit ar team and lawan kat USJ..haha..