Kini Bulan Ramadhan kembali lagi...


Assalammualaikum w.b.t....

Menjelang hari baik di bulan yang amat mulia ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa..tingkatkan amalan dan solat...Mohonlah seribu kemaafan pada Yang Esa di bulan penuh keberkatan ini..Semoga anda semua selamat dan seronok menjalani ibadah puasa yang penuh dengan kelebihan..




Bon Odori [18 July 2009 ]

hehe..saje nak share pengalaman time pergi shah alam baru-baru ni under JanPu..hehe..bertolak ke shah alam dari UMP tepat jam 12 tengah hari..Ajk pengelola sediakan makanan yang telah disiap bungkus untuk semua peserta..Apa yang seronok pergi bon odori ni ialah bila dapat bersama dengan kekasih hati sepanjang hari aku duduk kat sana...tak tahu la nak cerita apa...tapi lihat la gambar-gambar di bawah...hehe....

ni gambar time 1st session bon odori..

ni pun sama...hehe

my girl with her friend.

akhirnya..dapat jugak kami bergambar bersama..tomeynya dia pakai yukata(^_^)

ni time kami duk kat stage sebab kat padang panas plus penat berjalan..ehehe
love u my darling<3

KINGSTON DDR2 RAM 512MB FOR LAPTOP (USED)

- Used Micron 512MB (PC667) Notebook DDR2 Ram

- CAS Latancy CL5

- Will send with Pos Express to winner once payment done

- Market price is RM45 right now at lowyat

- Selling price is only rm26.00

click below link for details:-

mudah

USB 2.0 A-A Black Extension cable 1.5M for sell (rarely used)

Rabu,24 Jun 2009
(click on the picture to view more detail of this item)

USB 2.0 A/A M/F Extension cable
For use with existing USB cable


  • High Speed USB 2.0 Certified Cable

  • Up to 480 Mbits/sec transfer

  • Compatible with over 100 devices including:Printers, scanners, mouse, keyboard, digital camera, web camera and more

  • price rm10 is including shipping fee

DINORPG


Kepada sesiapa yang nak mencuba game baru, korang boleh la klik je kat banner di bawah ini. Games ni free registration aje. So, tak payah fikir kena bayar ke tak. Cara nak main nanti korang boleh tanya atau korang boleh klik pada icon help dalam website games ini. So, Hopes enjoy with it guys..It's very easy...Mula-mula register..then buy dino yang korang nak..then main...



Jom la join.. tak menyesalnya.. tak ada fees pun kena bayar tau..
jangan risau...dijamin 100% selamat.. Register dulu dan rasai
kelebihan men game on9 di internet tanpa
sebarang pembayaran (^_^)

Huraisy

16 jun 2009

Assalamualaikum w.b.t....

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibrail bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau
hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?'

Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'


'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'


Renung-renungkan dan selamat beramal.. (^_^)

7 Juni (Bahasa Indonesia) a.k.a 7 Jun 2009

http://eiykazaini-snzhz.blogspot.com/2009/06/7-jun.html

Tengok link di atas, aku rsa rajin pulak nak buat post baru..hehe...Inilah tarikh keramat di mana usiaku dah mengjangkau 21 tahun..dah tua pun...leh kahwin ni..hahaha...just joking..just harap apa yang aku wish insya'allah menjadi kenyataan...

to all my dear..thanks sebab dah buat macam2 walaupun tak dapat sambut sama-sama..hehe..Dan thanks juga buat family jugak for the wishes dan juga buat kawan-kawan yang ingat besday aku, especially zue ngan admin umplife...huhu...thanks everyone....

Wonder Girl. (^_^)


The Wonder Girls (Korean: 원더걸스) are a South Korean girl group. They are produced by singer-songwriter Park Jin-Young and are signed to his talent agency, JYP Entertainment. Each of the five original members were selected through auditions. Debuting in early 2007, they became popular in the fall of that year with the song "Tell Me." Since then they have scored 3 consecutive #1 hit singles with "Tell Me", "So Hot", and "Nobody", and in 2008, won two Daesangs ("Artist of the Year" Awards).


Member Profile

A former member, Hyun-a, left shortly before the release of "Tell Me" due to health complications.

Yubin



  • Birth name: Kim Yubin (Hangul: 김유빈; Hanja: 金瑜斌)
  • Date of birth: October 4, 1988 (1988-10-04) (age 20)
  • Additional Notes :
    • Made a cameo in 2pm's 10 Points out of 10 music video and in MBC's sitcom, 'That Person Is Coming'.
    • Featured in Chun G's song 'Weak Man' and Kim Bum Soo's song, 'Do You Know That'.
    • Wrote the rap for her part in Kim Bum Soo's song.

Ye Eun


  • Birth name: Park Ye Eun (Hangul: 박예은; Hanja:朴譽恩)
  • Date of birth: May 26, 1989 (1989-05-26) (age 20)
  • Additional Notes:
    • Featured in H-eugene's song "Baby I Love You" and One Two's song "Bad Girl".
    • Composed and wrote the lyrics for "Saying I Love You" and "For Wonderful"

Sun Ye


  • Birth name: Min Sunye (Hangul: 민선예; Hanja: 閔先藝)
  • Date of birth: August 12, 1989 (1989-08-12) (age 19)
  • Additional Notes:
    • Featured in Mighty Mouth's song "Energy".
    • Sang "일월지가" ("Sun and Moon") for "Han Sung Byul Gok".
    • Composed the "Man Won" song.
    • Featured in Lee Bul's music video 'Forever'.
    • Featured in JYP's song 'Breakup In The Daylight'.

Sun Mi


  • Birth name: Sun Mi (Hangul: 선미; Hanja: 宣美)
  • Date of birth: May 2, 1992 (1992-05-02) (age 17)

Sohee

  • Birth name: Ahn Sohee (Hangul: 안소희; Hanja: 安昭熙)
  • Date of birth: June 27, 1992 (1992-06-27) (age 16)
  • Additional notes:
    • Sohee was in the movie I Like It Hot.
    • Featured as the lead actress in 8eight's music video "Without a Heart".
    • Made a cameo in MBC's sitcom, 'That Person Is Coming'.

Award???

This award is from my lovely girlfriend which put me as the first person to get this award..thanks my darling...love u so much and miss u always...hehehe...
MySpaceMySpaceMySpace

ok, sekarang nak tujukan award ni buat:-
1. my darling
2. mr cokobee
3. asumarasu
4. rowalim
5. sieadiq
6. caer kun

Jawab survey pun boleh dapat money?

Youthsay ni merupaka website yang menawarkan survey yang akan dibayar pada kita dan anda juga tidak dikenakan sebarang cas untuk pendaftaran. Tak payah pun. very easy dan simple. Jawab je soalan yang diorang bagi dan anda akan dibayar dengan setiap jawapan pada survey bergantung pada harga survey tersebut..sesiapapun boleh join...janji umur under 35 tahun..Nak register, klik gambar di bawah ini..



kalau nak guide youthsay boleh daripada aku..apa-apa masalah boleh contact SKYPE lord_am or GTALK 88cream@gmail.com or YM lord_of_gm88@yahoo.com

Apa Itu Cinta?

3th JUN 2009Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan .Tapi,cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu, apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab -

MASUM @ UUM

Pada 18-27 Mei 2009, aku telah mewakili UMP dalam kejohanan MASUM 2009 di UUM bagi acara bola keranjang. Tugas aku ialah sebagai ketua pasukan bola keranjang UMP. Kita bertolak dari UMP pada jam 11.07pm iaitu dari kompleks sukan ke UUM dan perjalanan kami agak lama sebab kitaorang sampai kat UUM dalam jam 5.00pm. Malam itu, aku dan kawan-kawan keluar ke Changloon Mart @ C Mart untuk berjalan-jalan sebab perlawanan kitaorang bermula 23-24 Mei 2009. Selepas pergi C Mart, kami ke sebuah restorang yang seakan-akan KFC tapi nama die MyFC. Cara penjualan die macam KFC tapi murah la sedikit dari KFC. After makan, kami pun pulang semula ke kampus UUM untuk tidur.

Keesokan harinya, pada perancangan awal nak turun training tapi seorang pun tak bangun and training pagi tu cancel. Petangnya baru kami buat training kat court yang terletak di kolej yang diberi nama kolej telecom. Malam itu, ada match final bola antara UTHM dan UMT. Aku, pai dengan ijat pun pergi la tengok match tersebut dan akhirnya kemenangan berpihak kepada pihak UTHM dengan skor 2-0. Kami balik jalan kaki sampai ke kolej tempat kami tidur. jauh gak dari pusat sukan UUM.

Keesokan harinya, kami turun training untuk persediaan la kononnya untuk memantapkan strategi permainan. Aku memang bosan gila la duduk di UUM sebab tak ada yang boleh buat. Nak berjalan-jalan pun transport tak disediakan. Driver UMP pulak pemalas. ish2... Tunggu jela sampai 23 Mei 2009 dan jam 800pm kitaorg bertolak ke lokasi.

Kami tiba jam 9.07pm untuk perlawanan kitaorang jam 9.30pm. Team aku kalah dengan UKM(malas nak cerita perlawanan) dengan skor 114-34. Esoknya lawan UniMaS dan sekali lagi team aku kalah. Skor aku tak berapa ingat tapi yang pasti beza point ialah 100 points. Memang teruk la kena kitai dengan team-team Universiti yang lebih senior. Dah la coach tak ada. semua hancus berkecai....

ni gambar dengan players unimas pas abis match


ni gambar dengan dak-dak basket time majlis penutup MASUM di dewan mu'adzam shah, UUM


ni pun sama gak...


ni aku bergambar dengan stacy time dia tengah nyanyi..
comey la jugak stacy ni ^_^

ni bergambar dengan sebahagian peserta MASUM dari kontigen UMP

Sepi Tanpa Kasih... (karya terbaru)

Bila aku berada keseorangan,
kesunyian tanpa cinta dan kasihmu,
Ku rasakan diri ini tidak punyai semangat,
Semangat untuk terus berjuang,
menempuhi perjalanan hidup,
yang penuh onak dan duri

Teringat sewaktu melihatmu pergi,
pergi dari sisiku untuk tugasmu,
tanpa melakarkan kesedihan di wajahku,
namun hati amat perit kepergianmu itu

Sekarang ku rasai seolah-olah kau tiada,
hilang tanpa rupa dan khabar dirimu,
rindu sahaja yang menyelubungi diri ini,
adakah kau di sana sepertiku,
yang selalu merindui dirimu

Kadang-kadang ku rasai seperti ditinggalkan,
pergi jauh dari dirimu,
seolah-olah kau bukan kepunyaanmu,
namun harus ku fahami,
ketiadaanmu kerna tugasmu,
tugas memikul nama universiti,
di persada persidangan

Jam 1 petang, 18 Mei,
aku akan pergi untuk tugasku pula,
namun kau masih tiada di sini,
memberi lambaian selamat berjuang padaku,
dalam hati ini menginginkan sebegitu,
namun kau jua masih tiada di sisiku

Kasih,
bilakah rasa ini akan berakhir,
berapa lama harus ku tunggu dirimu,
yang masih kurindukan,
sepi tanpa kasih darimu

MASUM 2009

Esok, Isnin, 18 Mei 2009 jam 1300 waktu tempatan...aku akan pergi ke UUM bagi mewaliki UMP dalam sukan bola keranjang MASUM 2009. Sekarang ini, aku lihat perkembangan team adalah masih lagi di bawah tahap memuaskan kerana latihan yang kami jalani adalah sekejap dan kami memerlukan masa sekurang-kurangnya 3bulan untuk prepare ke MASUM tapi insyaallah dengan kerjasama dan semangat dari semua pemain, aku harap prestasi basketball UMP tahun ini lebih memuaskan dan membanggakan berbanding tahun lepas. So, kepada rakan-rakan di UMP sila doakan kejayaan kami sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir...AMIN~~~

UUM & MASUM 2009...HERE I COME!!!!!!!!!!!!

Problem is surrounding me.. @_@

Now is the first time in my life i've a lot of problem just because of one thing...that this is my money..i've lost my money(i wont tell how much) around area sport complex to block w...i dunno how this can be happen and it's makes me feel so suck and i felt that i'm a very stupid person that can lost a large amount of money..now, i dunno how to tell to my parents because this thing happen after they visit me and when i go to sport complex..if i've go there that evening this thing will not happen.. now, i've no money after pay the payment for my masum jersey...i've asked several people and they didn't know about it..Now, i'm just 'pasrah' with what have happen to me...this things really killing me..with that money, i want to pay my jersey,buy ink refiller,soap and several daily things....i'm really feel very sad in my whole life..

sorry abah coz i've lost that money that u given to meMySpace

to the people who took but didn't return back my money, see u in mashyar...i'll let's ALLAH SWT punish u with his power...
MySpace

PeNaT!!!!!!!

Rabu, 6 Mei 2009 - hari ni dah masuk hari ketiga aku training. Penat betul. Setiap hari training, termasuk kena pergi kelas pada hari selasa, rabu dan jumaat. Pasni K-Siswa V pulak tapi tak tahu sama ada aku dapat pergi or not because first priority aku is MASUM and Short Sem. Penat sih training pagi dan petang setiap hari. Dah la aku kecewa sebab title je 'Kapten' tapi ada sekor makhluk allah ini buat gila kuasa. Tau la banyak masuk tournament tapi kasi la chance kat new kapten jalankan tugas. Ni lebih-lebih pulak. aku macam tak da tugas pape pun. Macam shial. Sebab dia team sekarang ni jadi malas nak turun training. Bila la nak dapat main full court. Jap2 fitness situ la fitness sini la. Aku sendiri pun bosan tapi kalau nak fitness je. tau la nanti fit tapi kalau chemistry team tak ada tak guna jugak. Damn tul la ada orang gila kuasa cam dia. Nak memperkotak-katikkan aku pulak. Kapten yang asal dah serah tugas kat aku, so biarlah aku yang handle team. Jangan pandai-pandai buat kepala ko. F(*#@...MySpace

gembiranya!!!!

arini 4 Mei 2009, jam 12.23am...gembiranya rasa dalam hati ni bila adinda tercinta akan pulang semula ke UMP..hehe...tak sabar betul nak sambut dia esok...to orang berkenaan, welcome back to UMP and good luck for your match...hee...MySpaceMySpace

Rancangan Time Short Sem...

Tanggal 29 Mei 2009 jam 1200 tengah hari, menandakan waktu tamat bagi peperiksaan final aku...tak tahulah result semester ini macam mana..adakah lebih baik dari semester-semester sebelum ini???Pape pun, aku rasa lega la sekejap sebab dah habis pembelajaran semester ini...huhu..

Plan cuti ini agak padat kot. Pertamanya aku akan pergi bermain 3 on 3 kat Kuantan Megamall jam 900am pada hari ahad ini. Then, keesokannya aku dah start latihan pusat MASUM yang dikendalikan oleh pusat sukan UMP.

Latihan pusat ini berlanjutan sampai lah 17 Mei 2009 tetapi pada masa sama, aku ada ambil semester pendek untuk baiki result Digital Electornic yang pada cuti sem sebelum ini tak dapat nak baiki. Kelas ari Selasa, Rabu dan Jumaat. So, kira hari lain aku pergi buat latihan pusat tu.

Pada 15-18 Mei 2009 ini, aku mungkin pergi program persatuan fakulti aku iaitu K-SISWA(khidmat siswa a.k.a program kemasyaratan la) kat SKIS(Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar) di Kuala Pahang, dekat dengan kampus tetap yang akan aku pergi semester depan.
Tapi aku mungkin tak dapat ikuti program sampai 18 Mei 2009 sebab 18 Mei 2009 aku kena bertolak ke UUM untuk MASUM yang akan habis sampai 27 Mei 2009. 6 kelas iaitu 12 jam akan aku tinggal dalam masa 2 minggu ini.

Habis sahaja MASUM, aku akan sambung untuk semester pendek sampailah ke final kot. Sebab tak tahu lah nak rancang apa lagi...
MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace

Jom Join game My Brute...^_^

saje nak share game yang simple tapi menarik..
character comey..
lawan brute orang lain secara online..hehe..



ni page bila fight dengan brute orang lain


ni page brute's cellule


ni la pet paling kuat hit selama aku main brute


ni pulak fight arena..kat sini korang boleh pilih opponent korang

jadi tunggu ape lagi....
jom la join LoRD iRuGa dan create lah character anda..hehe..

Ucapan untuk orang tersayang..


gud luck for your final..do da best..jangan gopoh-gopoh jawab soalan..i'll always be right here to support u..pray for my success too..Ganbatte Kudasai..Aishiteru watashi no koibito..


20 Tanda Lelaki Jatuh Cinta

20 Tanda Lelaki Jatuh Cinta

1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

19. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan.

*************************************************************************************

Ciri wanita diminati lelaki

BENARLAH kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya.

Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki.

Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak 'panas' dalam bergaul.

Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.

Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.


Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.


Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.


Jangan bersolek tebal

Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.


Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.


Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.


Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.


Agresif

Lelaki suka sikap wanita yang agresif.


Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.


Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.


Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.


Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.


Sikap sederhana

Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.


Sikap keibuan

Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.


Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.


Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.


Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.


Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!


Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.


Jangan kuno

Jangan bersikap terlalu kuno.


Sering tanya khabar

Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.


Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.


Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.


Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.


Jangan tunjuk lemah

Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.


Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

------------------------------------------------------------------------------------
KALAU ADA 5 OF THEM PUN KIRA CUKUP BAIK LA TU...
------------------------------------------------------------------------------------

Gold MIner

MYVI Transformer

autobots..tranform....

transformer Myvi...haha