Bertarikhkan 28 Mac 2009, jam 8am, aku turun ke court baru di kompleks sukan untuk melakukan persiapan kejohanan UMP 3 ON 3 Star-battle Challenge 2009 Terbuka Kuantan, Pahang. Aku dengan beberapa orang AJK yang datang awal pagi itu buatlah persiapan. So, time tu jugak dah ada team yang sampai awal cam UIA and IM. So, kitaorang siap susun semua barang lebih kurang jam 9.00am tapi malangnya refree tak sampai2 lagi. Tapi semua team dah sampai and total semua team yang join adalah 27 team yang merupakan rekod pertama bagi kelab menganjurkan kejohanan ini walaupun buat pertama kalinya diadakan. Tunggu2 sampai la pukul 930am baru la refree sampai and aku as DJ pada hari itu mula terangkan flow perjalanan kejohanan pada hari tersebut. Walaupun lambat tapi sempat abiskan semua match pada jam 130pm. So, kira semua perlawanan awal telah berlangsung baik. Semua peserta dan AJK rehat sebentar dan permainan seterusnya iaitu quarter final(lelaki) dan semi final(perempuan) dan terus sampai ke final. Ketika final, semua team2 UMP tak berjaya mendapat tempat. Final bagi lelaki telah dikuasai oleh pemain cina Kuantan (team Mr. Chiang) dan begitu jua team perempuan. Kejohanan pada hari tu tamat jam 500pm di mana majlis penutup buat secara simple coz VIP tetiba tak dapat datang pulak. So, saudara Roslan a.k.a Timbalan Projek Kejohanan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan juga kepada pengadil jemputan.

ni la gambar champion 'Star King' untuk kejohanan ini.


ni plak gambar mr. roslan bersama no. 2


ni plak no. 3


final girl category.


ni aksi peserta ketika sesi liga dimulakan


gambar awe(peserta UMP) melakukan lay up ketika menentang pasukan dari SEMSAS


perlawanan di antara pemain KPTM dengan chinese kuantan.


ni perlawanan di antara pemain SEMSAS dan UIA kuantan.


penyokong2 yang setia menanti perlawanan habis.


ni gambar pemain dan penyokong setia dari UMP.

Ni topeq ngan junior die dari SEMSAS

Saudari Azhari a.k.a Karry sedang membuat free-throw time Free-throw Contest

Ini la DJ yang menghangatkan semua orang pada hari yang betul2 panas dan hangat


this is our banner( design by topeq)

Dj sedang mengumumkan perlawanan seterusnya.