Tanggal 29 Mei 2009 jam 1200 tengah hari, menandakan waktu tamat bagi peperiksaan final aku...tak tahulah result semester ini macam mana..adakah lebih baik dari semester-semester sebelum ini???Pape pun, aku rasa lega la sekejap sebab dah habis pembelajaran semester ini...huhu..

Plan cuti ini agak padat kot. Pertamanya aku akan pergi bermain 3 on 3 kat Kuantan Megamall jam 900am pada hari ahad ini. Then, keesokannya aku dah start latihan pusat MASUM yang dikendalikan oleh pusat sukan UMP.

Latihan pusat ini berlanjutan sampai lah 17 Mei 2009 tetapi pada masa sama, aku ada ambil semester pendek untuk baiki result Digital Electornic yang pada cuti sem sebelum ini tak dapat nak baiki. Kelas ari Selasa, Rabu dan Jumaat. So, kira hari lain aku pergi buat latihan pusat tu.

Pada 15-18 Mei 2009 ini, aku mungkin pergi program persatuan fakulti aku iaitu K-SISWA(khidmat siswa a.k.a program kemasyaratan la) kat SKIS(Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar) di Kuala Pahang, dekat dengan kampus tetap yang akan aku pergi semester depan.
Tapi aku mungkin tak dapat ikuti program sampai 18 Mei 2009 sebab 18 Mei 2009 aku kena bertolak ke UUM untuk MASUM yang akan habis sampai 27 Mei 2009. 6 kelas iaitu 12 jam akan aku tinggal dalam masa 2 minggu ini.

Habis sahaja MASUM, aku akan sambung untuk semester pendek sampailah ke final kot. Sebab tak tahu lah nak rancang apa lagi...
MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace