20 April 2009..

Aku dan beberapa orang wakil dari MAMPAN UMP dan juga presiden pusat MAMPAN telah pergi ke Padang MPK 1 untuk meraikan Majlis Sambutan PM baru.Lepas itu, kira2 jam 11am kami berjumpa dengan Dato' Saifuddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Hotel Vistana. Tujuan dia adalah untuk membincangkan beberapa masalah berkenanan universiti di Pahang. So, apa lagi...aku pun usulkan la masalah budak-budak FKM dan FKEE yang kena berulang alik dari Gambang dan Kuala Pahang. Apa yang menarik, pihak dato' sendiri tidak tahu pasal perkara ni. Kalau dato' sendiri tak tahu apa lagi Dato, Najib, PM baru kita merangkap orang yang tubuhkan UMP. So, Dato' Saifuddin agak terkejut bila aku usulkan perkara ini dan die akan buat lawatan secara mengejut ke UMP untuk settlekan masalah ini. Lepas itu, dato' belanja kitaorang makan. Selain itu, aku dan kawan-kawan ada usul masalah air yang kerap berlaku kat UMP ini tapi dato' kata agak payah nak settle coz benda ni melibatkan urusan dengan kerajaan negeri plak.Then, aku sempat jugak mencelah pasal court basketball yang tidak ikut standard kebangsaan sebab dato' sekarang pegang sukan basketball di IPTA. So aku gunakan peluang ini sebaik mungkin..hehehe.. Ada jugak aku usulkan masalah networking yang memang problem sejak zaman KUKTEM lagi. Insya'allah dato' akan datang minggu depan sebab sebelum ni die memang nak turun kat UMP selepas final and bila aku usul pasal main campus die cakap kat S/U sulit die untuk turun ke UMP lebih awal... Harap dato' dapat settle masalah ini sebelum dak2 FKEE dan FKM kena ulang alik ke main campus. Papepun, thanks bebanyak to dato' sebab sudi buat meeting ni dan sudi dengar masalah kami..hehe..


ni gambar aku kenangan bersama Dato' Saifuddin(dua diri kiri)

ni gambar wakil MAMPAN UMP dan 3 orang wakil dari UiTM Jengka.

Posing semua..ahaks...^_^