Hmm..sampai sekarang aku masih belum dapat buat 1 team basketball untuk MASUM..macam-macamlah budak-budak basket sekarang. Pada awalnya bukan main ramai nak join untuk MASUM. Last-last budak-budak chinese UMP ni buat aku bengang sangat. Last-last minute camni la diorang baru nak tarik diri. Gara-gara sebab nak ikut kawan. Sorang tak nak masuk semua tak nak. Bilalah kualiti team basketball UMP nak naik if camni je masalahnya. Nape la awal-awal dulu turun training kalau last-last tak nak join MASUM. Jadah tul la diorang ni. Aduh-aduh, apa la aku nak buat sekarang. Sama ada nak anta team basketball for MASUM or not. Niat di hati memang nak main MASUM tapi kalau tak ada tak guna jugak. Semua tak nak bagi komitmen. Macam ni ke sikap 'mahasiswa' yang dianggap bijak sangat oleh orang luar?? aku pun bukan la hebat sangat pun main basketball, tapi sekurang-kurangnya aku nak rasa jugak cam mana berada di sebuah tournament yang besar seperti MASUM ni. Dulu kat sekolah tak dapat nak join HKSBP. Harapan aku sebelum tamat study kat UMP ni dapat join tournament besar seperti MASUM. Tak tau la dapat tercapai or not if perangai pemain-pemain UMP macam ini. Kepada rakan-rakan yang masih bagi komitmen untuk team aku ucapkan terima kasih banyak-banyak.