Pada hari jumaat, 21/2 sampai ahad, 22/2, aku dan segelintir student E3S yang terpilih telah pergi ke Perak untuk industrial visit. Kami bertolak kira2 jam 10.30malam dan sampai di U Homestay bandar universiti iaitu tidak jauh dari UTP pada jam 6.30 pagi.

ni gambar segintir dari peserta..sebelum bertolak ke Perak

Jam 8.30pagi, kami bertolak ke sebuah kilang nama IAC (blah2..xingat nama penuh) iaitu kilang buang transmitter kat malaysia ni...kilang ini sebuah kilang dari india...tugas diorang pasang2 tower2 and kabel2 tnb yang panjang2....diorang bawak kami kekilang mereka and cerita flow pembuatan barang2 buatan mereka..


ni gambar time dah sampai kat kilang diorang

lepas je penerangan pasal tempat diorang, kami dihidangkan dengan makanan yang di'sponsor' sendiri oleh pihak mereka..New experience learn at there..hehe...

After that, dalam kul 1, kitorang terus bertolak ke UTP untuk visit E3SS(electrical & electronic engineering student society) UTP. Sebaik sahaja sampai, kami dibawa ke bangunan canselor a.k.a bangunan Tun Mahatir(canselor diorang).

ni gambar kat bangunan canselor UTP..kiri sekali Farouq, pengarah program untuk kami

ni gambar time makan tengah hari ke green room iaitu bilik bawah tanah dalam bangunan canselor.

Pastu, kitaorang dibawa ke Information Resource Centre(IRC) UTP untuk sesi pengenalan pasal library diorang yang extra vaganza menarik.

ni gambar IRC UTP yang xberapa nak clear. tapi tempat ni memang jauh lebih maju ngan library UMP sekarang

After visit IRC, kitaorang pergi ke sebuah bilik untuk sesi perkenalan bersama E3SS UTP. Majlis ini dimulakan dengan ucapan dari naib pres E3SS sambil memperkenalkan organisasi mereka dan juga aktiviti mereka. Taufik, pres E3S UMP pula beri ucapan. majlis ini diakhiri dengan sesi soalan jawab antara 2 belah pihak dan nampaknya sesi ini adalah sesi paling menarik sebab orang yang tanya soalan siap bagi nombor telefon,skype,gtalk etc..

ni gambar naib pres E3SS UTP

After majlis ini tamat,kami bergambar bersama student2 E3SS UTP sebagai tanda kenangan bersama mereka..
ni la gambar gabungan E3S UMP and E3SS UTP


ni gambar dengan naib pres E3SS(tengah) and farouq(pengarah program)

ni gambar aku ngan aida (salah seorang exco E3SS UTP)

kira2 kul 6.00 petang, kami bertolak balik ke homestay kami tapi berat ati nak tinggalkan UTP sebab tak dapat pusing2 satu UTP..ahaha..malamnya kami pergi ke lumut untuk bersiar2 kat sana..Keesokkn harinya, kami bertolak pulang ke UMP jam 8.30pagi dan kami singgah Kuala Lumpur jam 1.00petang. Kami bersiar2 di sekitar KLCC. ada yang pergi petrosains dan ada yang pergi aquaria..
ni gambar dengan IR. Zul kat taman KLCC


ni gambar aku kat pintu masuk Aquaria KLCC

bersama mr. businessman kat depan pintu masuk KLCC

kira2 jam 5.30 petang, kami bertolak balik ke UMP. Kami selamat sampai UMP jam 8.30malam. Lawatan ini memang sumthing new bagi diri aku..lebih2 lagi pergi ke UTP yang merupakan sebuah universiti terkenal di malaysia...new experience and new skill telah aku pelajari dari lawatan ni...
Sejuta2 penghargaan diucapkan kepada pihak E3S kerana membuat lawatan yang berfaedah seperti ini dan aku berterima kasih kepada Taufik kerana menjemput aku walaupun last minute..haha...harap program ini dapat memberi ilmu kepada semua dan juga E3S sendiri..