Pada 18-27 Mei 2009, aku telah mewakili UMP dalam kejohanan MASUM 2009 di UUM bagi acara bola keranjang. Tugas aku ialah sebagai ketua pasukan bola keranjang UMP. Kita bertolak dari UMP pada jam 11.07pm iaitu dari kompleks sukan ke UUM dan perjalanan kami agak lama sebab kitaorang sampai kat UUM dalam jam 5.00pm. Malam itu, aku dan kawan-kawan keluar ke Changloon Mart @ C Mart untuk berjalan-jalan sebab perlawanan kitaorang bermula 23-24 Mei 2009. Selepas pergi C Mart, kami ke sebuah restorang yang seakan-akan KFC tapi nama die MyFC. Cara penjualan die macam KFC tapi murah la sedikit dari KFC. After makan, kami pun pulang semula ke kampus UUM untuk tidur.
Keesokan harinya, pada perancangan awal nak turun training tapi seorang pun tak bangun and training pagi tu cancel. Petangnya baru kami buat training kat court yang terletak di kolej yang diberi nama kolej telecom. Malam itu, ada match final bola antara UTHM dan UMT. Aku, pai dengan ijat pun pergi la tengok match tersebut dan akhirnya kemenangan berpihak kepada pihak UTHM dengan skor 2-0. Kami balik jalan kaki sampai ke kolej tempat kami tidur. jauh gak dari pusat sukan UUM.
Keesokan harinya, kami turun training untuk persediaan la kononnya untuk memantapkan strategi permainan. Aku memang bosan gila la duduk di UUM sebab tak ada yang boleh buat. Nak berjalan-jalan pun transport tak disediakan. Driver UMP pulak pemalas. ish2... Tunggu jela sampai 23 Mei 2009 dan jam 800pm kitaorg bertolak ke lokasi.
Kami tiba jam 9.07pm untuk perlawanan kitaorang jam 9.30pm. Team aku kalah dengan UKM(malas nak cerita perlawanan) dengan skor 114-34. Esoknya lawan UniMaS dan sekali lagi team aku kalah. Skor aku tak berapa ingat tapi yang pasti beza point ialah 100 points. Memang teruk la kena kitai dengan team-team Universiti yang lebih senior. Dah la coach tak ada. semua hancus berkecai....
0 Comments
Bila aku berada keseorangan,
kesunyian tanpa cinta dan kasihmu,
Ku rasakan diri ini tidak punyai semangat,
Semangat untuk terus berjuang,
menempuhi perjalanan hidup,
yang penuh onak dan duri
Teringat sewaktu melihatmu pergi,
pergi dari sisiku untuk tugasmu,
tanpa melakarkan kesedihan di wajahku,
namun hati amat perit kepergianmu itu
Sekarang ku rasai seolah-olah kau tiada,
hilang tanpa rupa dan khabar dirimu,
rindu sahaja yang menyelubungi diri ini,
adakah kau di sana sepertiku,
yang selalu merindui dirimu
Kadang-kadang ku rasai seperti ditinggalkan,
pergi jauh dari dirimu,
seolah-olah kau bukan kepunyaanmu,
namun harus ku fahami,
ketiadaanmu kerna tugasmu,
tugas memikul nama universiti,
di persada persidangan
Jam 1 petang, 18 Mei,
aku akan pergi untuk tugasku pula,
namun kau masih tiada di sini,
memberi lambaian selamat berjuang padaku,
dalam hati ini menginginkan sebegitu,
namun kau jua masih tiada di sisiku
Kasih,
bilakah rasa ini akan berakhir,
berapa lama harus ku tunggu dirimu,
yang masih kurindukan,
sepi tanpa kasih darimu
kesunyian tanpa cinta dan kasihmu,
Ku rasakan diri ini tidak punyai semangat,
Semangat untuk terus berjuang,
menempuhi perjalanan hidup,
yang penuh onak dan duri
Teringat sewaktu melihatmu pergi,
pergi dari sisiku untuk tugasmu,
tanpa melakarkan kesedihan di wajahku,
namun hati amat perit kepergianmu itu
Sekarang ku rasai seolah-olah kau tiada,
hilang tanpa rupa dan khabar dirimu,
rindu sahaja yang menyelubungi diri ini,
adakah kau di sana sepertiku,
yang selalu merindui dirimu
Kadang-kadang ku rasai seperti ditinggalkan,
pergi jauh dari dirimu,
seolah-olah kau bukan kepunyaanmu,
namun harus ku fahami,
ketiadaanmu kerna tugasmu,
tugas memikul nama universiti,
di persada persidangan
Jam 1 petang, 18 Mei,
aku akan pergi untuk tugasku pula,
namun kau masih tiada di sini,
memberi lambaian selamat berjuang padaku,
dalam hati ini menginginkan sebegitu,
namun kau jua masih tiada di sisiku
Kasih,
bilakah rasa ini akan berakhir,
berapa lama harus ku tunggu dirimu,
yang masih kurindukan,
sepi tanpa kasih darimu
Esok, Isnin, 18 Mei 2009 jam 1300 waktu tempatan...aku akan pergi ke UUM bagi mewaliki UMP dalam sukan bola keranjang MASUM 2009. Sekarang ini, aku lihat perkembangan team adalah masih lagi di bawah tahap memuaskan kerana latihan yang kami jalani adalah sekejap dan kami memerlukan masa sekurang-kurangnya 3bulan untuk prepare ke MASUM tapi insyaallah dengan kerjasama dan semangat dari semua pemain, aku harap prestasi basketball UMP tahun ini lebih memuaskan dan membanggakan berbanding tahun lepas. So, kepada rakan-rakan di UMP sila doakan kejayaan kami sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir...AMIN~~~
UUM & MASUM 2009...HERE I COME!!!!!!!!!!!!
UUM & MASUM 2009...HERE I COME!!!!!!!!!!!!



