Am the new Robin Hood???


bermula je sem baru ni, aku telah menjadi beginner in archery. 1st week, aku belajar teori sahaja...sampai la 2mggu lepas sebelum aku dilepaskan ke padang untuk cuba kot2 ada bakat jadi archer malaysia...haha...so, pada mula2 percubaan aku just dapat 1shot pada board je..haha


ni gambar masa nak buat shooting

so, minggu lepas aku telah berjaya membuat shot yang kesemuanya melekat..haha...walaupun tak kena tengah2 board tu..hehe...tapi aku telah buat double shooting on the same spot tanpa aku sedari..wahaha..tapi minggu ini tak da archery lak...baru nak try shooting jarak lagi jauh...haha....berjaya atau tidak, just wait and see..hua2...

p/s : bukan senang tau nak tarik bow yang nampak cam simple...haha...torque die tinggi..hahaa

Konsert Kemanusiaan untuk Gaza



ni adalah inisiatif dari aku untuk ajak korang semua untuk tengok konsert ni...beli tiket sambil menderma..marilah kita bantu rakan2 kita di gaza...walaupun berhibur namun kita tidak lupa pada mereka yang hidup mereka tak sesempurna kita..

Puisi Sepi Tanpamu (karya keduaku)

Dikala sunyi, sepilah menjadi teman baikku,
sepi yang membawa jauh diriku,
jauh dari semua masalah yang menimpa diri

Fikiranku melayang-layang tanpa fokus,
ingatanku kabur kehilangan imaginasi indah,
ilhamku pergi tanpa jejak buatku,
setelah kehilangan orang yang amat kucintai

Kini dan sekarang, diriku hilang arah hala tuju,
terkapai-kapai mencari hidup yang sejati,
di dalam kegelapan menyelubungi diri ini.

Kau pergi tanpa meninggalkan pesan,
meninggalkan diriku yang lemah tanpamu,
yang senantiasa menjadi ratu di hatiku
Rindu dan sayangku padamu kinu membuak-buak,
Ku rasa gila kerna kau tiada lagi di sisiku

Cinta yang ku harap kini semuanya tiada,
cintaku cuma cinta bertepuk sebelah tangan sahaja,
tanpa dibalas suci oleh cintamu kasih,
Ku rasa sakit yang pedih yang amat menimpa jiwa ini,
Ku sepi tanpamu sayang...