berubah??

Dulu, kita selalu berhubung dengan sms dan panggilan,
Dulu, kita selalu berkongsi cerita dan luahan hati,
Tak kira masa, tak kira siang atau pun malam,
Sms dan panggilan mu sentiasa kedengaran,

Kau pinta belaian, aku berikan belaian,
kau pinta kemanjaan, aku juga turuti tanpa alasan,
kau ingin ceritakan bermacam2 seolah tiada hari esok,
aku setia mendengarnya hingga kau habis bercerita,

Sepanjang perkenalan kita, semua itu amat manis bagimu,
kau perlukan sms dan panggilanku setiap masa,
aku gembira melayanimu kerna semua itu buat kau bahagia,

Kau kata jika tidak mendengar suaraku, kau takkan dapat lelap tidur,
Jika kau tidak mendapat sms, seolah-olah kau rasa diabaikan,
Jadi aku turuti semua permintaanmu, aku juga terbiasa dengan semua ini,

Namun kini, kau seperti tidak selesa dengan semua itu,
walaupun telah kita diikatkan dengan satu ikatan istimewa,
ikatan yang membawa kepada sebuah perkahwinan,
kau seolah-olah rimas dengan semua sms dan panggilanku,
seperti kau menolak semua layanan aku,
sedangkan dulu, itulah yang menjadi pengubat rindumu.

Aku kini merasai kesunyian kerana kebahagiaan dulu tidak seperti sekarang,
aku tahu kau sibuk dengan pelbagai kerja tapi begitu juga aku,
sesibuk mana pun tetap aku hubungi kamu,

adakah kau dah bosan dengan semua yang kita sendiri cipta?
adakah rindumu terhadap sekuat dulu?
bagaimana cintamu padaku?
adakah kini kau berubah?

tapi aku masih tetap begini....
seperti yang kau kenali dulu,
orang yang masih berpegang pada janji-janjiku,

ingatlah kekasihku,
akan ku semaikan segala kasih dan sayang,
cinta dan belaian hanya buatmu,
aku pasti engkau tidak ragui cintaku lagi,
sayangku padamu melebihi segalanya..

ini ungkapan yang masih ku pegang,
untuk terus bersama-samamu,
tak kira apa jua yang melanda,
kerna aku ikhlas ingin memperisterikanmu,
di sepanjang hayatku..hanya kau seorang....

Happy New Year 2011

Setelah setahun berlalu, bermulalah tahun baru...

Sempena tahun baru ni, nak berazam untuk:-
- tamatkan study walaupun dah extend 1 sem..nak graduate ngan member-member bulan 10 nanti
- nak skor yang terbaik untuk sem ni
- fokus untuk siapkan PSM
- jaga hubungan orang tersayang, keluarga, kawan-kawan dan sewaktu dengannya
- melabur duit setiap bulan kat ASB


Selamat tahun baru buat semua..

dan kepada kawan-kawan yang dah pergi LI tu aku nak mohon maaf atas segala kesalahan aku selama kita bersama dan halalkan segala makan dan minum aku...

semoga korang berjaya dalam apa korang buat...

Selamat Hari Lahir buat yang tersayang... ^_^


Di kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke-21 buat insan yang amat tercinta,
Siti Nurzalikha Zaini binti Husni Zaini
dengan ucapan semoga sihat-sihat selalu dan bahagia bersama selamanya..

semoga apa yang dihajati tercapai insyaallah..

semoga menjadi seorang wanita yang lebih matang dan tabah menghadapi liku-liku kehidupan...

dan tak lupa semoga bertemu jodoh di antara kita berdua...
insyaalllah...

I love u so and very2 much my dear... ^_^